VISI SKTMR2
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SKTMR2
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT SKTMR2
SK Taman Mutiara Rini 2 Akan Melahirkan Insan Yang Berilmu, Bertaraf Dunia, Berdisiplin dan Berhemah Tinggi Mengikut Acuan Sendiri Serta Mewujudkan Suasana Sekolah Yang Bermaklumat Menjelang Tahun 2020.
FALSAFAH SKTMR2
Sesungguhnya Pendidikan Di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 Adalah Suatu Usaha Berterusan Yang Dinamik Bagi Perkembangan Potensi Murid-Murid Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Berteraskan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Ke Arah Melahirkan Insan Yang Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani.
SLOGAN SKTMR2
1Tekad 1Tujuan 1Harapan Ke Arah Kegemilangan
SEJARAH
SK Taman Mutiara Rini 2 (SKTMR 2) merupakan sekolah rendah kedua yang dibina
bagi menampung kpeperluan penduduk Taman Mutiara Rini 2. Sekolah ini terletak
di Persiaran Bakti. Sekolah ini telah siap dibina pada tahun 2003. Majlis
perasmian pengoperasiannya pada 01 Januari 2005 dirasmikan oleh oleh Tn. Hj. Basari Bin Abd Manan, Ketua Sektor
Pendidikan Islam Dan Moral JPNJ dan sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada
tarikh tersebut.
Dari segi prasarananya, sekolah ini mempunyai 27 bilik darjah dan dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Pejabat, Pusat Sumber, Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Makmal Sains , Bilik SPBT, Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Guru, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik LINUS, Bilik Pendidikan Moral, Bilik Peperiksaan, Bilik Galeri Sejarah, Dewan Seri Gemilang, Bilik Sukan, Bilik Persalinan, Kedai Buku, Surau dan juga kantin.
Bangunan tambahan yang baru dibina adalah Bangunan Prasekolah, Villa Mutiara. Terdapat 25 orang murid, seorang guru dan seorang staf sokongan.
Pada permulaan pengoperasiannya SK Taman Mutiara Rini 2 terdiri daripada 420 orang murid dan 26 orang guru. Pada tahun 2013, SK Taman Mutiara Rini 2 mempunyai 47 orang guru dan 655 orang murid termasuk murid prasekolah.
Sepanjang pembukaan sekolah ini, Guru Besar pertama adalah Puan Zainab Bt Hj Abu Bakar. Beliau telah berkhidmat di SK Taman Mutiara Rini 2 selama 8 tahun iaitu bermula dari 2005 sehingga bulan Jun 2012. Selepas perpindahan Pn Zainab bt Hj Abu Bakar, tempat beliau telah diambil alih oleh Guru Besar dari SK Pendas Laut iaitu En Sari'at Bin Mokmin.
Taraf kehidupan penduduk sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada golongan sederhana. Mereka terdiri daripada pekerja swasta, perindustrian dan kakitangan kerajaan. Masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan pelbagai budaya dan agama.

Sejarah Perkhidmatan Guru Besar
Pn. Zainab Bt Abu Bakar
01.01.2005 hingga 31.03.2012
En. Sari'at Bin Mokmin
16.07.2012 hingga 03.03.2015
Pn. Sa'adiah Binti Ahmad