Pasukan olahraga SKTMR2 meneruskan kecemerlangan dalam kejohanan Olahraga MSSM Zon Nusajaya 2015. Paling membanggakan Kartik berjaya merangkul gelaran Olahragawan MSSM Zon Nusajaya 2015. Tahniah diucapkan!
0 Comments
Pasukan bola sepak SKTMR2 berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Pra Musim Zon Skudai 2015 anjuran SK Taman Universiti 1 dan Bank Rakyat. Diharapkan kejohanan ini akan menjadi persediaan yang baik buat pasukan bola sepak sekolah sebelum kejohanan bola sepak peringkat Zon Nusajaya 2015.
Kumpulan Nasyid Al-amin berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Festival Nasyid Sekolah Zon Nusajaya 2015. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk lebih cemerlang di masa hadapan.
Bertempat di Jabatan Laut Nusajaya, Kem Pemimpin Muda SKTMR2 2015 telah berjaya dilangsungkan hari ini. Peserta adalah terdiri daripada pemimpin muda dikalangan murid yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Geng BOSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta pemimpin-pemimpin kokurikulum dikalangan murid. Semoga semua yang terlibat dapat memanfaatkan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa kem ini di sekolah. Tahniah!
Bertempat di Dewan Terbuka SKTMR2, telah dilangsungkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1436 Hijrah Bersamaan tahun 2015 Masihi. Majlis dimulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran oleh Adik Iqbal dan terjemahannya oleh Adik Hazrul Nizam.
Pihak sekolah telah mengundang khas, Ustaz Mohd. Khairul Fahmi Bin Muhamad Anuar dari Madrasah Tahfiz Al-Iman untuk memberikan ceramah Maulidur Rasul. Ternyata gaya penyampaian yang bersahaja dan penuh pengisian oleh beliau mampu menarik perhatian dan tumpuan murid-murid SKTMR2 untuk lebih mengenali insan sempurna yang menjadi rahmat bagi seluruh alam. Selain itu majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan qasidah dari Kumpulan Munawwarah dan Al-Amin. Semoga Majlis ini mampu membuahkan mahabbah dan meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sekali lagi tahun ini atas jasa penyumbang, warga SKTMR2 bersama ibu bapa dan komuniti berjaya meneruskan acara yang sudahpun dianggap tradisi bagi seluruh warga SKTMR2 .Ini kerana saban tahun pasti ada yang bermurah hati menyumbang lembu bagi diaqiqahkan sempena majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah. Gotong -royong menyembelih lembu ini diketuai oleh En. Zulkpli Yahya manakala juadah disediakan oleh Tn Haji Kasdi dan rakan-rakan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semalam telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw MSSZ Nusajaya di SK Skudai Baru 2. Pasukan sekolah terpaksa berpuas hati mendapat tempat ketiga setelah tewas dengan pasukan SK Nusa Perintis A di peringkat separuh akhir. Johan bagi pertandingan ini adalah SK Gelang Patah yang bakal mewaikili Zon Nusajaya ke peringkat Daerah Johor Bahru Khamis ini. Tahniah dan teruskan berusaha diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw SKTMR2.
Senarai Nama Pemain Sepak Takraw SKTMR 2 MUHAMMAD FITKRI BIN AIDEL SHAHRUL AZFAR BIN ROSLE ARMIN BIN YUNUS AYU MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHAMSUDDIN ZUL ZIKRI BIN ZUL AFANDI MUHAMMAD AIMAN BIN MISRAN MUHAMMAD HALEEF BIN M. ADZUAN MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMMAD FARID MOHD REEZA BIN ABDULLAH MOHD FIRDAUS BIN PAKRUDIN IKHMAL HAKIM BIN SHAMSUL NIZAR SHARUL ANBIA BIN ROSLE MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SALLEH MOHAMMAD SHARIZZAT BIN ABDUL RAHMAN Setelah hampir 3 tahun berkhidmat di SKTMR2, Pn. Harytah Harun akan berpindah ke Daerah Batu Pahat. Selamat berkhidmat di tempat baru.
Tahun ini, SKTMR2 menghantar Pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan Ke Peringkat Daerah Johor Bahru yang dilangsungkan di SK Taman Universiti 4. Walaupun persiapan mantap telah diadakan ternyata rezeki tidak memihak kepada SKTMR2 pada tahun ini kerana kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan terkandas di peringkat kumpulan. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SKTMR2 atas kesungguhan yang dipamerkan di peringkat Daerah.
|
AuthorSKTMR2 web Admin Archives
February 2016
CategoriesPautan(Dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja)
|