Semalam telah berlangsung MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG. Acara ini telah dirasmikan oleh En. Muzammil Bin Ra’il wakil rasmi Ketua UMNO Gelang Patah En. Khairi Malik. Majlis hari ini dimulakan dengan mesyuarat Agung PIBG dan pelantikan AJK PIBG bagi sessi 2015/2016.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah bagi murid-murid yang mendapat pencapaian cemerlang dalam bidang akademik bagi sessi persekolahan 2014. Selain itu, Pelajar cemerlang UPSR 2014 yang mendapat keputusan 5A dan 4A turut diraikan. Mohd Zikri Haizul dan Nurul Aini Azmi telah dipilih sebagai tokoh pelajar untuk tahun 2014. Majlis turut diceriakan dengan persembahan Tarian Tradisional India, Persembahan Nasyid dan juga Persembahan murid Tahap 1.