Bermain di halaman sendiri, Pasukan Bola Sepak SKTMR2 yang diketuai oleh Ahmad Adha Rohaizad tampil garang dengan menjadi johan kumpulan B. Langkah cemerlang diteruskan keesokan harinya di Padang SK Taman Mutiara Rini apabila Berjaya menewaskan SK Ladang Pendas dengan keputusan 2-1 diperingkat suku akhir. Malangnya nasib tidak menyebelahi kita apabila tewas dengan penentuan sepakan penalti menentang SK Damai Jaya sebelum sekali lagi tewas pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang SK Kompleks Sultan Abu Bakar.
Walaupun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat sahaja , 4 orang pemain telah berjaya dipilih untuk mewakili Zon Nusajaya ke pertandingan Peringkat Daerah Johor Bahru. Mereka adalah Ketua Pasukan Ahmad Adha Bin Rohaizad, Muhammad Faqrul Haziq Bin Roslon, Muhammad Ariq Danial B. Md. Zamrie dan Mohammad Shahrizzat Bin Abd. Rahman. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada mereka! |
AuthorSKTMR2 web Admin Archives
February 2016
CategoriesPautan(Dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja)
|