Bersempena Hari Susu Sedunia, SKTMR2 telah menganjurkan beberapa acara bagi memeriahkannya seperti senamrobik, pertandingan silang kata dan program minum susu bersama-sama.
Tarikh peperiksaan ulangan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan.
30 September 2014 Sains Bahasa Inggeris 1 Bahasa Inggeris 2 9 Oktober 2014 Matematik Kertas 1 Selamat bercuti sekolah kepada murid-murid SKTMR2. Jaga diri dan jangan lupa siapkan kerja sekolah. ; )
Cuti Pertengahan Penggal Kedua : 12 September - 20 September 2014 Peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris ditangguhkan kepada 30 September 2014.
Mulai esok 9 Spetember hingga 11 September, murid-murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR 2014. Selamat maju jaya dan semoga berjaya buat murid-murid tahun 6 SKTMR 2!
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang perkhemahan-perkhemahan yang dijalan hujung minggu yang lalu. Terutamanya kepada barisan penceramah teknik menjawap UPSR dan fasilitator GPMS kerana sudi menyumbang tenaga, idea dan kemahiran masing-masing dalam mendidik anak bangsa. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru yang sudi berkampung dan mengorbankan cuti hujung minggu dalam menjayakan perkhemahan-perkhemahan ini. Diharapkan agar murid-murid dapat mengaplikasikan dan memanfaatkan apa yang dipelajari sepanjang perkhemahan ini.
|
AuthorSKTMR2 web Admin Archives
February 2016
CategoriesPautan(Dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja)
|