Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2015 telah berlangsung di padang SK Taman Mutiara Rini 2 pada 28 hingga 30 Mei 2015. Perkhemahan ini disertai oleh unit Pengakap, TKRS, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri. Diterajui oleh En. Mohd Farid Bin Nandari sebagai kem komandan, perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah memberikan pengalaman yang sangat berharga buat peserta-peserta. Tahniah , buat pasukan TKRS yang telah berjaya merangkul gelaran unit beruniform terbaik sepanjang perkhemahan! Tahniah dan syabas juga diucapkan buat barisan guru dan juga murid yang terlibat sepanjang perkhemahan ini!
|
AuthorSKTMR2 web Admin Archives
February 2016
CategoriesPautan(Dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja)
|