Majlis jamuan makan akhir tahun yang diberi nama 'Malam Tautan Kasih Lambaian Sayang' telah dilangsungkan di Banaffe Village Johor Bahru. Majlis tahunan yang dikelolakan oleh Kelab Guru dan Staf SK Taman Mutiara Rini 2 ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua PIBG SKTMR2 Encik Saharnaka Bin Yasmain dan keluarga. Majlis juga turut menjemput pemuzik undangan dari kumpulan 'JB Buskers' bagi memeriahkan lagi majlis.
Setelah perancangan awal untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands dibatalkan atas sebab penagguhan peperiksaan UPSR baru-baru ini, Unit Lawatan SKTMR2 yang diterajui oleh Encik Wan Norazwan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Legoland Nusajaya. Lawatan sambil belajar ini memberi peluang kepada murid-murid untuk melawat ke salah satu taman tema yang berprestij di dunia. Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan.
Majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah SKTMR2 2014 telah dilangsungkan pada hari ini di Hotel Granada Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Rendah Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Encik Jamaludin Abdul Rahman.
TOT SKTMR2 2014 telah berlangsung dengan gemilangnya di padang sekolah SKTMR2 hari ini. Acara tahunan ini telah dirasmikan oleh ADUN Nusajaya YB Dr. Zaini Abu Bakar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau percaya bahawa temasya seperti inilah yang akan melahirkan pelapis-pelapis sukan negara. Rumah Cheetah berjaya menjadi johan keseluruhan TOT tahun ini dan adik Amirul Afif Bin Yayas berjaya merangkul gelaran Olahragawan SKTMR2 2014. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jawatankuasa yang menjayakan acara tahunan ini.
Setelah sekian lama bersiap sedia dan menaik taraf Surau Raudhatul Jannah (SRJ) SKTMR2, akhirnya hari ini SRJ telah didatangi oleh 2 panel hakim Surau Imarah Peringkat Kebangsaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedatangan mereka ke SRJ turut ditemani oleh pegawai-pegawai JPN Johor dan PPD Johor Bahru. Mari bersama-sama kita doakan kejayaan SRJ di peringkat kebangsaan.
|
AuthorSKTMR2 web Admin Archives
February 2016
CategoriesPautan(Dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja)
|